'Suara halus suruh rompak'
KOTA BHARU: “Saya dengar suara halus suruh saya buat benda tu (merompak menggunakan pisau),” kata seorang penganggur, Mohd Zamri Awang, 32, ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman di hadapan Hakim Rofiah Mohamed di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Pengakuan salah tertuduh itu, bagaimanapun tidak diterima mahkamah dan dia diarah menjalani rawatan mental selama sebulan, selain tempoh berkenaan diperlukan untuk membolehkan mahkamah mendapatkan rekod daripada pihak hospital.
Dalam prosiding jam 12 tengah hari semalam, tertuduh yang diberi peluang mengemukakan rayuan, mendakwa mengalami masalah mental selepas terbabit dalam kemalangan pada 2000 dan kini masih mendapatkan rawatan di hospital mental.
Malah, dia turut mengejutkan mahkamah apabila mendakwa tindakannya terlebih makan ubat yang diberi pihak hospital menyebabkan fikirannya bercelaru sehingga wujud suara ‘halusinasi’ memintanya merompak.
Ketika kejadian (rompakan), Mohd Zamri mendakwa dirinya kerap mendengar suara halus (halusinasi) mengarahkannya merompak pekerja pasar raya mini terbabit dan mengambil wang tunai RM150.
(04) 4800-137/08, 5969-1419/04,
(05) 5980, 5220,
(10) 5199, 5255,
(12) 5515-405/10, 5491-122/08 ,
(14) 6616-250/79, 5153-1299/01,