Selamat datang ke laman web e-Komuniti (Default Tracing) , laman web ini direka khas bagi menyokong Komuniti yang dikendalikan oleh Unit Komuniti JPDKM. Anggota selaku petugas . mewujudkan laman web e-komuniti ini yang bertujuan memudahkan kakitangan mengakses maklumat - maklumat terbaru yang dapat dikesan secara online.

Tuesday, November 30, 2010

30/11/2010

Klip Gambar / Contoh Borang

5234-700/80

5187-5/07

5785-263/91


5387-256/10

5373 - 876/05




Ketua Pengarah JKM Datuk Meme Zainal Rashid berkata kategori baru OKU itu telah diluluskan oleh Kabinet pada 27 Mei 2009 merangkumi kurang upaya penglihatan, pendengaran, fizikal, pertuturan, masalah pembelajaran, mental dan kurang upaya pelbagai.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua pesakit mental boleh dikategorikan sebagai OKU.

Antara pesakit mental yang diterima untuk mendaftar sebagai OKU ialah ‘Skizofernia’, ‘Mood Disorder’ dan ‘Organic Mental Disorder’ yang serius, kronik dan mereka yang pernah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua tahun, katanya.

“Pengesahan pesakit mental sebagai OKU hanya boleh dilakukan oleh pakar psikiatri sahaja,” katanya ketika mengulas cadangan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye supaya pesakit mental disenaraikan dalam kategori OKU. 

http://www.kpwkm.gov.my/

Monday, November 29, 2010

29/11/2010

5785-263/91


1711-183/91


2363-101/83









Hargai kebolehan diri sendiri

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Jestru itu kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. 

Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 

Tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Sunday, November 28, 2010

28/11/2010

Gambar Hiasan
1137/2000


1095-522/95


5237-319/04


5639-1162/10


5234-700/80



sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.


...أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْـغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُـلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُـلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْـقَلْبُ .



"…Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ia (segumpal daging) tersebut baik, baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia (segumpal daging) tersebut rusak (buruk), maka rusaklah (buruklah) seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati" 
Musnad al Imam Ahmad, Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal asy Syaibani (164-241 H), Mu’assasah Qurthubah, Mesir. )

Oleh karena itu, jika ingin selamat dari hal-hal yang dapat merusak agama kita, bahkan dalam hal aqidah, hendaknya seorang muslim senantiasa berhati-hati dan waspada, serta penuh pertimbangan demi keselamatan agamanya, dan bertanya, apakah perbuatan yang hendak dilakukan untuk pencarian kepuasan hati, ketenteraman hidup dan ketenangan jiwanya bertentangan dengan aqidah? Ataukah bagaimana?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,"Karena hati itu diciptakan untuk diketahui kegunaannya, maka mengarahkan penggunaan hati (yang benar) adalah (dengan cara menggunakannya untuk) berfikir dan menilai…”.


( Risalah fii al Qalbi wa Annahu Khuliqa li Yu’lama bihi al Haqqu wa Yusta’malu fiima Khuliqa Lahu, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (661-728 H), Tahqiq Salim bin ‘Id al Hilali, Daar Ibn al Jauzi, Dammam, KSA, Cet. I, Th. 1411 H/1990 M.)



Thursday, November 25, 2010

25/11/2010



6101 -493/10

5107-444/08

5038-183/04








Beginilah selama lima hari seminggu. Hari ini berkebetulan bersama Pak Aziz 40 Tahun .(40 tahun adalah gelaran-nya )  dan kini berusia 54 tahun.



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk, rupa dan harta benda kalian, tetapi Allah memperhatikan hati dan amal-amal kalian". [HR. Muslim. lih. Ghayatul Maram no. 415]

Seorang penyair Arab berkata:

يَا خَادِمَ الْجِسْمِ كَمْ تَسْعَى لِخِدْمَتِهِ
أَتْعَبَتْكَ نَفْسُكَ فِيْمَا فِيْهِ خُسْرَانٌ
أَقْبِلْ عَلَى الرُّوْحِ وَ اسْتَكْمِلْ فَضَائِلَهَا
فَإِنَّكَ بِالرُّوْحِ لاَ بِالْجِسْمِ إِنْسَانٌ

Wahai pelayan jasmani
Berapa lama engkau bekerja untuk kepentingannya
Engkau telah menyusahkan diri
Untuk sebuah kerugian yang nyata
Hadapkan perhatian kepada ruhani
Dan sempurnakan keutamaannya
Dengan ruhani, bukan dengan jasmani
Engkau sempurna menjadi manusia

Di antara ulama ada yang mendifinisikan akhlaq yang baik kepada sesama makhluq antaranya;

[1] Tidak menyakiti orang lain, berderma dan bermuka manis. 

[2] Tidak menyakiti orang lain, yaitu baik menyakiti fisik, harta maupun kehormatannya. 

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ 

"Sesungguhnya darah-darah kalian, harta-benda dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian". [HR. Bukhari dan Muslim]


Menyakiti orang lain itu dapat dengan lisan, seperti: menggunjing, mengadu-domba, memperolok-olok, menuduh dengan tuduhan dusta, saksi palsu, dan lain-lain. Dapat juga menyakiti dengan perbuatan, seperti: mengambil harta, menipu, berkhianat, merampas, mencuri, memukul, membunuh, memperkosa, korupsi, memakan harta anak yatim, menahan hak orang lain, dan lain-lain. 


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَ يَدِهِ

"Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin yang lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya". [HR. Bukhari]

1. Makarimul Akhlaq oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, penyusun Khalid Abu Shalih, Riyadh, K. S. A. cet. I tahun 1417/1996 M tanpa penerbit.
2. Kitabul Ilmi oleh oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, penyusun: Fahd bin Nashir bin Ibrahim as-Sulaiman, Penerbit Dar Ats Tsuraya –Riyadh-KSA. Cet. I tahun 1417/1996 M


Wednesday, November 24, 2010

24/11/2010

6025-803/97

5887-1126/09

974/04



Gambar-gambar ini tersebar melalui server, dan ada kaitannya dengan cerita Bapa sebelih isteri dan anak . Saya kurang tahu cerita yang sahih mengenai gambar-gambar ini. Tapi yang saya faham daripada gambar-gambar ini adalah, "SEMBELIH ISTERI DAN ANAK". 


Cerita ini dicatatkan berlaku di Johor. Jangan tengok kalau tak kuat 'filter' dalaman.


Lihat Gambar2nya?

Tuesday, November 23, 2010

23/11/2010

6468-113/76

5881-1170/10

503/81

8097-827/96



BAGAIMANA MASYARAKAT BIASA BOLEH MEMBANTU?

Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa pesakit-pesakit jiwa adalah manusia biasa seperti kita yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. Sikap yang tidak ambil peduli, takut, salah anggap, memandang rendah dan penolakan terhadap pesakit jiwa merupakan masalah rumit yang dilemparkan masyarakat kepada pesakit jiwa.

Masyarakat lebih banyak mengancam pesakit jiwa daripada pesakit jiwa mengancam masyarakat. Sikap dan penerimaan kita mungkin merupakan faktor utama terhadap pemulihan pesakit jiwa.

Monday, November 22, 2010

22/11/2010

5946-1313/01

9921-60/90

5004-364/06

5281-81/96

resah?

risau?

Stress?

depress?

ada baiknya kalau anda mendengar alunan Al-Quran........

Insha'Allah mustajab.

Firman Allah SWT :

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim. (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (17:82)

Sunday, November 21, 2010

21/11/2010

4722-266/89


5744-122/05


5485-1667/97


Apa Yang Ku Kejar ? Dan Apa Yang Kau Kejar ?

Selepas meeting dari jam 08.30am hingga 10.00am Aku memulakan tugas yang diamanahkan kepadaku, wang poket terbang kerana mencari kawan untuk mencari tempat yang dituju. Samaada melalui minum kopi atau call kawan-kawan dilokasi yang dituju.

Kereta bagaikan kerbau membajak sawah meredah kesana kemari dengan pulangan minyak yang tak seberapa, tetapi demi menghabiskan sedikit sisa-sisa, maka terpaksa jua ku harungi.

Teringat petikan dari Muqaddimah Fi Zilal, atau ‘Di bawah bayangan Al-Quran’ karangan Syed Qutb, ada bahagian yang menyebutkan, ‘Apa bezanya antara orang yang sibuk mengejar dunia ini, pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja..apa bezanya dengan kanak2 yang hari2 pergi main balik rumah, pergi main balik rumah, pergi main balik rumah?


بسم الله الرحمن الر حيم
اللهم ا ني ا عؤز بك من ألهم والحزنن،   وأ عوز بك من ا لعجز وأكسل ،
وأ عوز بك من ا لجين وألبخل ،   وأ عوز بك من خلبة الد ين و قهرالر جال ،

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Ya Rabbi, apa yang cuba kami perjuangkan? Apa yang ingin kami capai dalam hidup Ya Allah?! Apa matlamat kami? Apa cita2 kami? Apa jalan hidup kami? Apa keutamaan hidup kami?


Saturday, November 20, 2010

Hikmah Kesulitan

Daripada tenggelam dengan kesedihan akibat kesulitan, mengapa kita tidak berusaha mengambil hikmah dengan cara berprasangka baik kepada Allah SWT. Mungkin dengan datangnya kesulitan kepada kita, agar kita:

  1. Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan menguatkan hati kita.
  2. Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
  3. Bebas dari rasa ‘ujub, kesulitan adalah merupakan sebagai teguran karena  kita merasa serba kelebihan dan merasa bijak dari orang lain.
  4. Tidak lalai, sudah nyata kesulitan ada dihadapan kita.
  5. Lebih banyak mengingat Allah SWT.
  6. Lebih bersabar, karena mungkin saja kesulitan ini adalah latihan Bersabar


Wednesday, November 17, 2010

Salam Eid Adha


Sebagai seorang muslim -yang mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa memberikan taufiqNya- kita tentu tidak boleh ragu dan syak, bahwa kepuasan hati, ketenteraman hidup dan ketenangan jiwa adalah salah satu sifat syariat Islam yang mulia dan sempurna ini. Itupun, harus dilakukan sesuai dengan tuntunan syariat yang benar dalam beribadah. Yaitu, ikhlash hanya untuk Allah semata, dan mutaba’atur rasul (mengikuti tuntunan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam), sebagaimana yang telah banyak diterangkan oleh para ulama tentang masalah ini.

(Shahih Muslim, Abu al Husain Muslim bin Hajjaaj al Qusyairi an Naisaburi (204-261 H), Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi, Daar Ihya at Turats, Beirut.)


Juga Allah berfirman:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى 

"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta". [Thaha/20 : 124].


Sunday, November 14, 2010

Masalah seumur hidup

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


“SUDAH baik, jadi buat apa terus makan ubat? Kalau terus ambil ubat, nanti ketagihan pula.” Ini antara kata-kata yang kerap diterima pakar psikiatri apabila bertanya mengapa pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan, menghentikan pengambilan ubat tanpa berbincang dengan doktor.
Mungkin pesakit dan ahli keluarga tidak sedar, masalah kesihatan mental adalah masalah sepanjang hayat kerana ia boleh berulang pada bila-bila masa jika pesakit mengambil keputusan sendiri untuk memberhentikan rawatan.

Seperkara yang perlu difahami, kemurungan berulang biasanya lebih teruk berbanding episod sebelumnya dan paling menyedihkan, ada kes berakhir dengan kematian apabila pesakit membunuh diri.
Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Maniam Thambu, pandangan negatif dan prejudis masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan mental, termasuk kemurungan, menjadi benteng penghalang yang membuatkan ramai terus berada dalam derita walaupun rawatan berkesan boleh diperoleh pada bila-bila masa di kebanyakan hospital dan klinik.

Sikap prejudis ini tidak hanya melanda masyarakat kita, malah penduduk negara maju seperti Amerika Syarikat masih mengalami masalah sama. Kajian selama 10 tahun (1996 hingga 2006) dijalankan Universiti Indiana dan Columbia mendapati, pelbagai kempen kesedaran mengenai penyakit mental masih tidak mampu mengubah tanggapan negatif masyarakat di sana.


Malah, perkara ini juga membuatkan golongan berpendidikan tinggi, termasuk pelajar perubatan, keberatan mendapatkan rawatan kerana bimbang mereka dianggap kurang keupayaan mengendalikan masalah dan berdepan tekanan.
Hasil kajian penyelidik Universiti Michigan itu juga mendapati, alasan lain pelajar perubatan tidak mendapatkan rawatan ialah kebimbangan ia menjejaskan masa depan, terutama untuk menjadi doktor apabila tamat pengajian kelak, jika masalah mereka diketahui.

Jika golongan yang mendalami ilmu perubatan juga beranggapan sedemikian, apatah lagi masyarakat umum? Ini perkara menyedihkan kerana kemurungan berpanjangan boleh ‘melumpuhkan’ kehidupan seseorang dan keluarga, sedangkan ia boleh dirawat dengan berkesan.
Menurutnya, ramai terlepas pandang kepentingan penjagaan kesihatan mental yang boleh diumpamakan sebagai ‘ibu’ kepada kesihatan keseluruhan. Jika kesihatan mental terganggu, kesihatan seluruh badan juga terjejas.

“Ada orang beranggapan kemurungan disebabkan seseorang individu itu tidak pandai menangani tekanan. Sebenarnya kemurungan bukan tanda kelemahan individu, sebaliknya penyakit biologi yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal secara keseluruhan. Kemurungan juga perlu dibezakan dengan kesedihan atau perubahan emosi yang kerap berlaku dalam kehidupan seharian.

“Kesedihan biasa hanya berlaku sekali sekala dan hilang dalam masa beberapa hari. Bagaimanapun, jika rasa sedih berlanjutan melebihi dua minggu sehingga menjejaskan aktiviti harian, segera dapatkan bantuan kerana ini antara tanda kemurungan.

“Masalah kemurungan juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga, hubungan sosial dan hilang pekerjaan kerana pesakit tidak boleh memberi tumpuan pada tugas. Masalahnya, majikan mungkin tidak percaya individu itu mengalami masalah kemurungan atau ia tidak dianggap gangguan kesihatan yang perlu diberi rawatan segera,” katanya ketika membincangkan masalah Kemurungan di Malaysia — Menderita Dalam Diam dalam bengkel media anjuran Pfzer Malaysia.

Yang membimbangkan ialah, semakin ramai menghadapi masalah kesihatan mental. Ini termasuk mengalami tekanan berlebihan, kemurungan, sentiasa berasa was-was dan skizofrenia.

Secara purata, satu daripada 10 orang di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental dan di seluruh dunia dianggarkan 450 juta orang mengalami gangguan mental. Daripada jumlah ini 120 juta dilanda kemurungan manakala 24 juta mengalami skizofrenia, tetapi kebanyakannya tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Kemurungan tidak berlaku pada orang dewasa saja, malah kanak-kanak juga boleh mengalaminya. Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2006 mendapati daripada 14,000 responden yang mengalami masalah kesihatan mental, 20 peratus adalah kanak-kanak, manakala 11 peratus pesakit dewasa.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga mencederakan diri sendiri, termasuk mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Kajian menunjukkan lebih ramai wanita cuba membunuh diri tetapi jumlah kematian (kejayaan) adalah empat kali lebih tinggi di kalangan lelaki.

Ini kerana lelaki biasanya menggunakan kaedah lebih nekad dan sukar diselamatkan seperti gantung diri, terjun dari bangunan atau minum racun. Wanita menggunakan kaedah yang boleh diselamatkan (biasanya hanya mencederakan diri sendiri) dan kecenderungan mencederakan diri disifatkan sebagai ‘jeritan senyap’ meminta tolong dan bukan mereka benar-benar mahu mati.

“Boleh dikatakan saban bulan ada saja kes perlakuan agresif dan ganas membabitkan pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental dilaporkan di akhbar. Keadaan ini membuatkan orang ramai menganggap pesakit yang ada masalah kesihatan mental adalah ganas dan berbahaya.

Anggapan ini tidak betul kerana sikap agresif hanya timbul jika masalah dibiar berlarutan dan tidak mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda awal kemurungan yang perlu diperhatikan

Sebelum sampai ke perlakuan agresif atau timbul keinginan membunuh diri, ada beberapa tanda fizikal akibat kemurungan iaitu:
  • Sakit atau pening kepala — Ini antara tanda paling biasa dan kerap dialami kebanyakan orang. Jika sebelum ini anda mengalami migrain, kemurungan membuatkan sakit kepala bertambah teruk

  • Sakit belakang (pinggang) — Sakit pinggang juga bertambah buruk apabila anda mengalami kemurungan

  • Sakit otot dan sendi — Ia juga antara kesan tekanan yang tidak ditangani dengan baik dan menjadi lebih teruk jika anda murung

  • Sakit dada — Biasanya orang cepat mengambil tindakan jika mengalami sakit dada yang sering dikaitkan dengan masalah jantung. Bagaimanapun, kemurungan juga boleh menyebabkan sakit dada

  • Masalah pencernaan — Anda mungkin berasa mual, mengalami cirit-birit atau sembelit

  • Cepat berasa penat dan tidak bertenaga — Tidak kira berapa lama anda tidur, anda masih berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur pada waktu pagi, terpaksa melawan perasaan untuk bangun dari katil

  • Sukar tidur malam — Ini juga antara tanda biasa bagi individu murung. Anda mungkin kerap terjaga malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata. Akibatnya anda berasa letih apabila bangun keesokan hari dan ia menyukarkan anda untuk menumpukan perhatian ketika memandu atau kerja. Ada juga individu murung yang tidur lebih lama daripada biasa

  • Perubahan selera makan — sama ada tidak berselera atau terlebih selera. Jika anda hilang selera makan, berat badan turun. Sebaliknya ada juga individu yang ‘mengidam’ untuk makan pelbagai jenis makanan yang dirasakan boleh mententeramkan dan menenangkan hatinya yang akhirnya membuatkan berat badan bertambah.

    Penilaian diri

    Oleh kerana ada orang tidak sedar mereka mengalami kemurungan, senarai soalan di bawah mungkin dapat membantu anda mengenal pasti masalah yang melanda. Pasangan juga boleh membantu dengan memerhatikan keadaan suami atau isteri jika mereka turut mengalami gejala kemurungan.

    Antara soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri ialah:


  • Adakah saya tidur dengan baik di waktu malam?

  • Adakah sejak akhir-akhir ini saya cepat marah?

  • Adakah saya bangun pagi tanpa semangat?

  • Adakah saya sentiasa berasa penat?

  • Adakah saya menyalahguna ubat atau dadah?

  • Adakah saya mengabaikan aktiviti yang pernah saya anggap penting?

  • Berapa kerap saya berasa seronok dan tidak hanya berasa ‘okay’?

  • Adakah saya mengelak perjumpaan sosial atau keluar rumah?

  • Bagaimana dengan berat badan, keinginan seks, haid dan kelawasan usus?
  • Adakah saya berasa putus asa, kecewa, tiada nilai diri dan menganggap mempunyai masa depan gelap?

  • Adakah saya merasa hidup ini tidak bermakna?
    Rawatan

    Menurut Dr Maniam, individu yang mengalami kemurungan tampak seperti individu biasa, tetapi mereka sebenarnya menderita dalam diam.

    Ada individu tidak tidak nampak jalan keluar untuk mengatasi kemurungan dan akibatnya masalah ini menjejaskan hubungan mereka dengan isteri dan anak.

    Kemurungan boleh dirawat dengan pengambilan ubat anti kemurungan, psikoterapi atau gabungan kedua-duanya. Lebih 80 peratus pesakit dapat dirawat dengan berkesan dan kembali bekerja serta menikmati kehidupan bahagia. Yang penting ialah pesakit mendapatkan rawatan seawal mungkin.

    “Antara punca kelewatan atau langsung tidak mendapatkan rawatan ialah ramai tidak menganggap kemurungan sebagai penyakit. Pesakit bimbang dilabel sebagai orang gila dan masih ramai percaya kemurungan ini disebabkan terkena sihir atau buatan orang.

    “Di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan, ada yang menghentikan sendiri pengambilan ubat apabila dirasakan sembuh kerana bimbang ubat itu menyebabkan ketagihan. Dalam soal ini perlu ditegaskan bahawa ubat tidak menyebabkan ketagihan kerana dos diberi adalah rendah; sesuai dengan keperluan dan keadaan setiap pesakit,” katanya.

    Bagi yang bekerja, mereka bimbang hilang pekerjaan kerana majikan tidak mahu lagi menggajikan mereka. Bahkan ada yang takut syarikat insurans tidak mahu memberi perlindungan insurans jika tahu mereka ada masalah itu.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid juga baru-baru ini mengakui, syarikat insurans di negara ini mendiskriminasi pesakit dengan tidak melindungi masalah kesihatan mental dalam polisi insurans perubatan, sedangkan di luar negara perlindungan itu sudah lama diberikan.

    Di seluruh dunia lebih ramai wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki kerana perubahan hormon seperti kedatangan haid, kehamilan, bersalin dan menopaus. Wanita juga didapati lebih tertekan kerana bertanggungjawab dalam penjagaan anak dan menguruskan kerja rumah.

    Dulu kemurungan dilabel sebagai penyakit wanita tetapi kini semakin ramai lelaki didapati dilanda masalah ini. Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih enam juta lelaki di negara berkenaan mengalami sekurang-kurangnya satu episod kemurungan teruk setiap tahun.


    Sebenarnya kemurungan melanda lelaki dan wanita, malah gejala dialami juga sama, cuma lelaki menzahirkan masalah mereka dengan cara berbeza. Bagi wanita, kemurungan menjadikan mereka kerap berasa sedih manakala bagi lelaki pula ia menyebabkan mereka bengkeng (bengis), cepat marah dan bersikap agresif.

    Pensyarah Psikiatri dan Farmakologi, Universiti Toronto, Prof Madya Dr Roger Mclntyre berkata, Laporan Kesihatan Dunia 2001 mengenai kesihatan mental menganggarkan menjelang 2020, penyakit kemurungan teruk akan menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung yang menyebabkan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat kehidupan seseorang.

    Katanya, pada 2000, kemurungan teruk berada pada tangga keempat dalam senarai punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat seseorang selepas pernafasan rendah, perinatal serta HIV/Aids.

    “Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Begitu juga ujian darah, ujian sinar-X atau imbasan CT tidak dapat mengesan penyakit itu. Kajian menunjukkan 48 peratus pesakit yang mengalami masalah kemurungan teruk tidak mendapatkan rawatan manakala 58 peratus pesakit yang dirawat menerima rawatan tidak teratur.

    “Kemurungan adalah penyakit kronik. Ia penyakit yang sering berulang dan 85 peratus daripada mereka yang mempunyai pengalaman kemurungan itu kembali murung selepas 15 tahun pulih. Ini sebabnya pesakit perlu mengambil ubat seperti diarahkan dan hanya berhenti selepas berbincang dengan doktor,” katanya.
MyMetro

Friday, November 12, 2010

10/11/2010

5699-1232/01

5563-898/97

5548-1587/04

5065-867/09


Rakyat makin Gila akibat Pemimpin Gila-Gila

Ketika umat Islam sedang beribadah dan ketika sedang menikmati juadah sahur di Ipoh, polis telah menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan. Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi. Sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi. Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi. Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.


selanjutnya  dan disini


 sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

...أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْـغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُـلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُـلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْـقَلْبُ .

"…Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ia (segumpal daging) tersebut baik, baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia (segumpal daging) tersebut rusak (buruk), maka rusaklah (buruklah) seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati".
 

(Musnad al Imam Ahmad, Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal asy Syaibani (164-241 H), Mu’assasah Qurthubah, Mesir. )





9/11/2010

6159-807/97

5991-1289/96

5509-467/96


mental

Penyakit Mental Di Kalangan Rakyat Malaysia Semakin Meningkat.



- Foto Adnan Mohamad

Aug 24, 2010 4:37 pm


ADIK-BERADIK kepada kanak-kanak yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, pagi tadi. Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, 3 tahun, mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.


KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi


Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.


Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.


Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.


sumber:Berita Harian Online 24/8/10

Sumber asal disini 


Lagi   Disini 






Mangsa lihat disini " Sedih Pilu dan Terharu "