Selamat datang ke laman web e-Komuniti (Default Tracing) , laman web ini direka khas bagi menyokong Komuniti yang dikendalikan oleh Unit Komuniti JPDKM. Anggota selaku petugas . mewujudkan laman web e-komuniti ini yang bertujuan memudahkan kakitangan mengakses maklumat - maklumat terbaru yang dapat dikesan secara online.

Sunday, January 30, 2011

30/01/2011

5116-1087/10


5713-477/10


9717-223/93


6075-431/01


9119-1373/73




Mengapa harus ada penderitaan dalam meneruskan kehidupan dalam dunia ini?


Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. 

Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan.

Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor atau perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. 

Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.


Ingatlah: 

Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?


Selanjutnya sila baca buku Prof. Dr. Hamka (1996). Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Halaman 337-343.



Tuesday, January 25, 2011

25/01/2011

21th dipasong
5564-217/98


5472-1322/05

Monday, January 24, 2011

24/01/2011

Jalan Malaysia
5736-900/70


7393-202/76 


5264-733/00
 

KAMPUNG BARU , JALAN MALAYSIA
  • terletak 5 kilometer ke timur pekan jeli
  • dihubungi jalan raya timur barat
  • kg baru terletak 3 kilometer dari jalan besar, sekarang jalan utama ke politeknik jeli
  • 80 % penduduk menjalankan aktiviti pertanian seperti penoreh getah, tanam sawit, berkebun selebihnya kerja disektor kerajaan dan swasta seperti cikgu, askar, mekanik, peniaga dan kerja sendiri.
  • kg ini, merupakan jalan utama ke Gua Setir, salah satu gua batu kapur terpanjang di Jeli sekitar 5- 8 km banjaran gua batu kapur.
  • kawasan gua setir merupakan salah satu kawasan lombong emas yang aktif sekitar 90an
  • di kampung ini terletaknya satu-satunya pusat pembenihan ikan keliterbesar di kelantan.

23/01/2011

dari Bendang Pak Yong
5945-1466/10


6041-156/04


8434-378/93


5289-1614/94

Thursday, January 20, 2011

20/01/2011

Terima Kasih Oome
5177-840/90


"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. 
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. 
Teruskan Perjuangan"

Wednesday, January 19, 2011

19/01/2011

5705-285/06 


5574-1678/00  


Setiap orang Islam akan dibentangkan amalannya kepada ibubapanya yang berada dalam kubur pada setiap Jumaat; manakala pada setiap hari Isnin dan Khamis akan dibentangkan kepada Allah SWT.

(petikan dari Hadiah Masjid As-Sunnah, Taman Al-Qari, Kenali, Kota Baru)




Gambar Hiasan

Bilangan pesakit mental meningkat.


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.

"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.

Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.

Tuesday, January 18, 2011

18/01/2011

5235 Kg. Gok Pasir Pkl.Chepa. ( Ma Narudi )


5233 Kg. Beris Lanjut Panji     ( Ma Narudi )


6232- 1392/10 


IKHLAS MEMANG TAK NAMPAK TAPI DI RASAI


Ku harungi jua demi menjejaki mu


Stress: Tekanan Mental

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. 
Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. 
Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.     

APAKAH DIA TEKANAN MENTAL?

Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. 

GEJALA TEKANAN


Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah: 


PERASAN

  • Merasa bimbang
  • Merasa cepat marah
  • Merasa lemah semangat
  • Merasa tidak tenteram dan
  • gelisah
FIKIRAN
  • Bimbang terhadap masa depan
  • Kurang daya tumpuan
  • Menjadi mudah lupa
  • Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
  • Takut gagal
  • Rendah harga diri
TINGKAH LAKU
  • Tabiat merokok yang meningkat
  • Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan
  • Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
  • Mudah terkejut
  • Bertindak secara impulsif dan agresif   
PERUBAHAN FIZIKAL
  • Berpeluh pada tangan dan badan
  • Sering rasa dada berdebar
  • Menggeletar,kering mulut dan kerongkong
  • Mudah merasa letih
  • Kerap kecing
  • Sukar untuk tidur
  • Masalah menghadzaman seperti, loya, muntah, cirit-birit, sembelit
  • Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit   
PUNCA TEKANAN 
Perubahan-perubahan besar dalam    kehidupan seseorang adalah punca  tekanan mental yang paling biasa Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.     

CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI  

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental anda: 
  • Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
  • Bersenam atau riadzah secara kerap
  • Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
  • Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
  • Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
  • Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
  • Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
  • Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.
Sumber JKNSabah


Monday, January 17, 2011

17/01/2011

Rumah ini syurgaku


5066-579/09


5511-1567/10


5761-576/03


5029-614/04


6296-990/03




وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Al-An’am : 32) 



Sunday, January 16, 2011

16/01/2011


5741-978/07


5917-725/01


7647-872/86

Betapa banyak diantara kita yang berusaha untuk berlari kencang menjauhi riyaa' karena takut amalan kita hancur lebur terkena penyakit riya. Akan tetapi pada waktu yang bersamaan jiwa kita terulurkan dalam dekapan ujub…, 
bangga dengan amalan yang telah kita lakukan.., bangga dengan ilmu yang telah kita miliki…, bangga dengan keberhasilan dakwah kita.., bangga dengan kalimat-kalimat indah yang kita rangkai…, dst…??!!

Bukankah ujub juga menggugurkan amalan sebagaimana riyaa'..??


Bukankah ujub juga menyebabkan pelakunya terjerumus dalam neraka jahannam sebagaimana riyaa'…?



Bukankah ujub juga merupakan salah satu bentuk syirik kecil sebagaimana riya'…??



Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :



وَكَثِيرًا مَا يَقْرِنُ النَّاسُ بَيْنَ الرِّيَاءِ وَالْعُجْبِ فَالرِّيَاءُ مِنْ بَابِ الْإِشْرَاكِ بِالْخَلْقِ وَالْعُجْبُ مِنْ بَابِ الْإِشْرَاكِ بِالنَّفْسِ وَهَذَا حَالُ الْمُسْتَكْبِرِ فَالْمُرَائِي لَا يُحَقِّقُ قَوْلَهُ : { إيَّاكَ نَعْبُدُ } وَالْمُعْجَبُ لَا يُحَقِّقُ قَوْلَهُ : { وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } فَمَنْ حَقَّقَ قَوْلَهُ : { إيَّاكَ نَعْبُدُ } خَرَجَ عَنْ الرِّيَاءِ وَمَنْ حَقَّقَ قَوْلَهُ { وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } خَرَجَ عَنْ الْإِعْجَابِ وَفِي الْحَدِيثِ الْمَعْرُوفِ : { ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ }



"Dan sering orang-orang menggandengkan antara riyaa' dan ujub. Riyaa termasuk bentuk kesyirikan dengan orang lain (yaitu mempertujukan ibadah kepada orang lain-pen) adapun ujub termasuk bentuk syirik kepada diri sendiri (yaitu merasa dirinyalah atau kehebatannyalah yang membuat ia bisa berkarya-pen). Ini merupkan kondisi orang yang sombong. Orang yang riyaa' tidak merealisasikan firman Allah إيَّاكَ نَعْبُدُ "Hanya kepadaMulah kami beribadah", dan orang yang ujub tidaklah merealisasikan firman Allah وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ " Dan hanya kepadaMulah kami memohon pertolongan". Barangsiapa yang merealisasikan firman Allah إيَّاكَ نَعْبُدُ maka ia akan keluar lepas dari riyaa', dan barangsiapa yang merealisasikan firman Allah  وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  maka ia akan keluar terlepas dari ujub" (Majmuu' Al-Fataawaa 10/277).

Thursday, January 13, 2011

13/01/2011


5359- 1410/09

5653-994/10



5405-62/10


5202-1274/10


5659-1159/03


5691-470/04


Hidupnya Para Syuhada'


Telah berkata Sodriddin Ali bin Muhamad bin Abil Izz al-Hanafi (Wafat 792 H) dalam syarah kitab Tohawiyyah;
"Dan adapun kehidupan yang dikhususkan kepada orang yang mati syahid dan diberikan keistimewaan kepada mereka adalah dalam Firman Allah bermaksud; "Dan janganlah kamu sangka orang-orang yang mati syahid dijalan Allah itu telah mati bahkan mereka itu hidup, disisi tuhan mereka dikurniakan rezeki".
Dalam ayat lain Allah berfirman; "Dan janganlah kamu menyatakan bagi sesiapa yang telah terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup akan tetapi kamu tidak menyedarinya".

Iaitu Allah telah menjadikan ruh-ruh mereka itu berada didalam perut burung hijau seperti disebutkan didalam hadis daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata; Telah bersabda Rasulullah; "Tatkala sahabat-sahabat kalian ditimpakan musibah iaitu pada hari Uhud, Allah telah menjadikan ruh-ruh mereka didalam perut burung hijau, didatangkan kepada mereka sungai-sungai syurga, dan diberi makan daripada buah-buahan syurga dan mereka memegang periuk-periuk daripada emas yang diteduhkan dengan teduhan Arasyh. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, dan dengan makna yang sama daripada hadis Ibnu Mas'ud dalam soheh Muslim.

Tatkala mereka (syuhada') mengorbankan tubuh badan mereka kerana Allah sehinggalah dihancurkan oleh musuh-musuh mereka dalam peperangan tersebut, maka Allah telah menggantikan dalam alam barzah badan-badan yang lebih baik daripada sebelumnya berkekalan ianya sehinggalah hari kiamat. Dan segala kenikmatan si syahid adalah melalui badan tersebut yang lebih sempurna daripada kenikmatan  terhadap ruh semata-mata. Kerana itulah jiwa orang mukmin dalam gambaran burung atau seperti burung dan jiwa (ruh) orang mati syahid berada dalam perut burung. Dan perhatikanlah lafaz daripada 2 hadis didalam Muqatto' Imam Malik;

Bahawa Ka'ab bin Malik telah menceritakan bahawa Rasulullah telah bersabda; "Sesungguhnya jiwa (ruh) seorang mukmin adalah burung yang bergantung didalam pohon syurga sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari kebangkitan".

Kata-kata Nabi (jiwa orang-orang mukmin) adalah umum dan merangkumi para syuhada mahupun tidak, akan tetapi kemudian dikhususkan kepada para syuhada bahawa mereka berada dalam perut burung hijau.

Umum diketahui bahawa jika jiwa berada didalam perut burung dibenarkan lagi pada jiwa itu adalah burung, maka sudah tentu termasuk dalam umum hadis lain dengan gambaran ini. Maka bahagian mereka (para syuhada) daripada nikmat-nikmat di alam barzah adalah lebih sempurna berbanding mereka yang mati di atas katil. Sekalipun orang yang mati diatas katil itu lebih tinggi darjat (kedudukan mereka dari segi amalan @ ilmu) berbanding para syuhada ketika didunia. Akan tetapi bagi para syuhada nikmat yang khusus tidak dapat dikongsikan kepada mereka yang lebih rendah daripada para syuhada'.


Allah telah mengharamkan kepada bumi daripada memakan jasad para Nabi seperti telah diriwayatkan dalam kitab-kitab Sunan. Adapun para syuhada sesungguhnya telah disaksikan daripada mereka setelah beberapa tempoh lama daripada pengebumian mereka, bahawa jasad mereka sama seperti asal mereka dikebumikan dan tidak berubah. Maka boleh jadi keadaan itu akan berkekalan didalam kuburnya sehinggalah hari kebangkitan. Boleh jadi juga jasad para syuhada itu akan hancur bersama tempoh yang panjang Wallahu A3lam. Seolah-olah, Wallahu A3lam setiap syuhada yang mati itu jika sempurna (iman dan amalnya) serta lebih afdhal berbanding yang lain-lainnya dikalangan syuhada maka kekalnya jasad itu adalah bertambah panjang dan lama".

Syarah Akidah Tohawiyyah M/S 400.


12/01/2011

Dr.Mohd.Nawan 
6075-2/06


5317-36/99


5892-1266/03







Ramai remaja bermasalah Mental


KOTA BHARU 22 Mei - Semakin ramai golongan remaja dan belia di negeri ini mendapat rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, kerana mengalami gangguan mental akibat dadah.

Mereka termasuk kalangan penagih pil kuda, di samping penagih air daun ketum dan gam yang berdepan dengan risiko masalah mental kekal yang sukar diubati kerana kerosakan saraf otak terlalu teruk.

Ketua jabatan itu, Dr. Mohd. Nawan Hamzah berkata, purata 150 orang pesakit termasuk golongan profesional dan warga emas menerima rawatan setiap bulan malah ada yang baru berusia 13 tahun hingga 80 tahun.
Beliau berkata, peningkatan bilangan yang menerima rawatan berikutan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mereka menjalani pemulihan untuk kembali pulih.
Katanya, kebanyakan golongan lelaki yang paling ramai menghidap masalah mental seperti skizofrenia, kemurungan dan kebimbangan.

"Setiap pesakit yang dihantar keluarga untuk menerima rawatan di sini hanya diberi tempoh paling lama sehingga tiga bulan dan mereka akan dibenarkan pulang serta menerima rawatan susulan oleh keluarga sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Terbuka Dan Pasaria 2008 Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Pengarah HRPZ II, Datin Dr. Aesah @ Zaharah Awang.
Majlis dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Kelantan (PKMK) itu bertujuan memperkenalkan aktiviti Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental kepada orang ramai serta merapatkan hubungan dengan keluarga pesakit.
Dalam ucapannya, Aesah berkata, pesakit mental adalah golongan yang tidak boleh diabaikan kerana mereka perlu dirawat dengan sebaik mungkin agar dapat kembali menjalani kehidupan seperti orang lain.

Mengenai banyak pesakit mental yang berkeliaran di bandar-bandar, beliau berkata, pihaknya tidak ada kuasa menahan mereka bagi memberikan rawatan
Bagaimanapun, sekiranya ada pihak tertentu atau keluarga merujuk kes mereka ke sini, pihaknya bertanggungjawab memberi rawatan sepenuhnya.
"Kita meminta orang ramai atau pihak tertentu yang hendak mengubati ahli keluarga mereka yang mengalami masalah mental supaya datang ke sini pada bila-bila masa untuk diberi rawatan," katanya.

Katanya, daripada jumlah pesakit mental yang menerima rawatan, hampir keseluruhannya boleh dikatakan bertambah baik dan berupaya kembali ke dalam masyarakat.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.aspy=2008&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

Tuesday, January 11, 2011

11/01/2011

6546-1059/94


5141-888/01 


JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Nur Dania Qistina yang tak mengerti apa-apa  didera hingga mati oleh seorang ibu tiri yang tak berhati perut,  Kasihan ! Begitulah malangnya nasib anak kecil ini. Dia tidak punya kudrat untuk mengelak atau melawan!
Amat menyedihkan !! terdapat 73 kesan lebam diseluruh badannya. Sepatutnya sebagai seorang ibu tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri,  perasaan dan tindakannya janganlah sampai  melebihi atau menyamai perbuatan seekor haiwan…

Foto dari SUKA TAK SUKA



Monday, January 10, 2011

10/01/2011

along7195-236/08


5916-525/04

5383-1300/02

5545-1583/99





PTPTN adalah along yang sebenar, katanya


Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun:Saya sekali lagi mengajak semua orang berfikir sebagai rakyat yang taksub kepada kebenaran. Kalau yang beragama Islam, bertuankan Allah, bertuhankan Allah - bukan ketuanan Melayu yang sudah begitu dihanyir dan dilendirkan oleh Umno atau apa-apa pun. Kita bercakap tentang kebenaran. Kita bercakap tentang kepentingan rakyat. Sudah-sudahlah bercakap dengan ketaksuban atau 'asabiyyah kepada mana-mana parti atau pemimpin. Sekarang pun orang dah mula bercakap, kalau Umno ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PAS ada Rusila



09/01/2011

Menuju ke Kg.Tempoyak Bekelam
5554-322/10


6085-1310/10


5038-183/04


5014-1216/94

Tuesday, January 4, 2011

04/01/2011

5233-2011/07


5269-183/02 



Harga petrol RON97 naik 10 sen

January 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.
“Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.



- The Malaysian Insider







Monday, January 3, 2011