Selamat datang ke laman web e-Komuniti (Default Tracing) , laman web ini direka khas bagi menyokong Komuniti yang dikendalikan oleh Unit Komuniti JPDKM. Anggota selaku petugas . mewujudkan laman web e-komuniti ini yang bertujuan memudahkan kakitangan mengakses maklumat - maklumat terbaru yang dapat dikesan secara online.

Tuesday, February 8, 2011

08/02/2011

Akibatnya, tekanan mindapesakit semakin meningkat
5511-521/09


5445-1398/10 


5291-538/05 


5513-589/02 





Kegagalan urus tekanan hidup undang padah
Oleh Ratinawati Rasidi
bhrencana@bharian.com.my
2010/09/25


PERKESO wajar senarai gangguan emosi bersama 36 jenis penyakit kritikal bantu pesakit 

KERUNTUHAN institusi masyarakat yang dilanda pelbagai gejala seperti haruan makan anak, sumbang mahram, membuang bayi, bunuh diri dan pembunuhan kejam dilihat kian. Kenapa mereka melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan manusia yang berakal. Apakah kelemahan mengurus tekanan hidup membuatkan ramai kalangan kita menjadi tidak waras?



Persoalannya ramai memandang remeh masalah tekanan. Justeru, mereka tidak mahu mencari jalan penyelesaian umpamanya mendapatkan nasihat dan rawatan, termasuk pakar psikiatri. Akhirnya hidup mereka berkesudahan dengan tragedi dan tragedi itu juga yang membongkar rahsia bahawa mereka sebenarnya menghidap penyakit mental.

Penyakit yang dihidapi sudah cukup membebankan. Ini ditambah lagi apabila kos mendapatkan rawatan dan perubatan pakar agak tinggi berbanding kemampuan pesakit. Oleh itu, tiba masanya kerajaan mempertimbangkan supaya penyakit mental disenaraikan bersama 36 jenis penyakit kritikal lain. 

Ada lima jenis penyakit mental yang dikenal pasti perlu dimasukkan dalam senarai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membantu mengurangkan beban pesakit memandangkan kos rawatan dan ubat agak tinggi serta meningkat setiap tahun. 

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Nor Zuraida Zainal, berkata kos rawatan penyakit mental agak membebankan dan sebagai pertubuhan perlindungan pekerja, PERKESO perlu menyenaraikan penyakit seperti kemurungan (unipolar major depression), kerunsingan (anxiety), bipolar affective disorders, schizophrenia dan gangguan personaliti (psikosis) memandangkan jumlah pesakit itu meningkat di negara ini. 

“Dulu ramai beranggapan penyakit mental tidak boleh disembuhkan, tetapi hari ini kita mempunyai ubat yang bagus dan dapat membantu pesakit, cuma kos rawatan dan ubat agak tinggi. Perkara ini perlu dipertimbangkan PERKESO bagi membantu mengurangkan beban pesakit, terutama individu ada banyak tanggungan,” katanya. 
Keadaan meruncing kerana masyarakat memandang penyakit mental sebagai satu pantang larang untuk diperkatakan. Oleh itu, ramai menolak cadangan mendapatkan khidmat nasihat pakar psikiatri bila dinasihatkan berbuat demikian. Sekalipun kalangan keluarga sedar berlaku keganjilan sikap seorang anggota keluarganya, mereka lebih risau soal maruah tercemar daripada memikirkan jalan penyelesaian atau merawat pesakit terbabit. 

Sikap ‘tidak apa’ dan ‘tunggu dulu’ terus berakar umbi dalam diri kebanyakan individu dan ini turut dilihat menjadi punca kelewatan pesakit mental mendapat rawatan. 

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil, dipetik sebagai berkata, kemurungan jika tidak dirawat menyebabkan pesakit menderita sendirian, hilang keupayaan untuk hidup serta mendorong rasa untuk membunuh diri sebagai langkah keluar daripada masalah. 

“Malangnya tidak semua pesakit tahu mengenai penyakit dihadapi dan akhirnya gagal mendapatkan rawatan sewajarnya kerana tidak berjumpa pakar psikiatri. Hakikatnya, dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik biasa sebenarnya mengalami kemurungan. Memandangkan doktor itu gagal mengenal pasti penyakit sebenar, mereka tidak mendapat rawatan sempurna. Kebanyakan hanya datang berjumpa pakar psikiatri apabila keadaan mereka teruk,” katanya. 

Katanya, stigma juga menghalang pesakit mendapat rawatan sempurna kerana ramai menganggap seseorang dilabelkan gila jika berjumpa pakar psikiatri, walaupun sebenarnya banyak masalah mental tidak ada kaitan dengan gila. Tidak kurang juga menganggap kemurungan sebagai masalah biasa. 

“Ada perbezaan antara kemurungan dengan kesedihan. Kemurungan menjadi penyakit apabila kesedihan yang dialami berpanjangan sehingga lebih dua minggu. Gejala lebih teruk apabila ada perasaan ingin membunuh diri. Kedua, masalah gangguan hidup seperti tidak boleh bekerja, tidak boleh melakukan aktiviti keluarga seperti menjaga anak atau memasak dan ketiga, menyebabkan kesengsaraan sehingga membabitkan anak dan keluarga,” katanya. 

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MSA) Dr Yen Teck Hoe mengakui kebanyakan pesakit mental terbabit dengan beberapa tragedi pembunuhan. Keadaan pesakit tidak terkawal kerana tidak mendapat rawatan akhirnya mendorong mereka bertindak sama ada mencederakan diri atau orang lain. 

Katanya, penyakit mental diukur berdasarkan tiga peringkat. Pertama ringan, peringkat ini semua individu mempunyai unsur tekanan, tetapi masih mampu melakukan aktiviti seharian dan kelihatan normal. Peringkat kedua sederhana, pada peringkat ini tanda penyakit lebih ketara seperti murung, tidak bercakap dan tidak mahu melakukan aktiviti sosial. Ketiga kritikal dan pada peringkat ini pesakit tidak dapat memberi tumpuan kepada aktiviti kehidupan dan mampu bertindak di luar dugaan. 

“Masyarakat mengambil ringan penyakit mental sedangkan setiap anggota badan kita mempunyai potensi untuk sakit,” katanya. 

Sebagai pengamal perubatan psikiatri Dr Yen berkata, revolusi dalam bidang perubatan membawa penemuan penawar atau ubat untuk menyembuhkan penyakit itu. 

Justeru, individu yang menghadapi masalah mental sebenarnya mengalami gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang mengganggu hubungan sosial mereka dengan orang ramai serta cara mereka bertindak. 



sumber bharian

No comments:

Post a Comment