Selamat datang ke laman web e-Komuniti (Default Tracing) , laman web ini direka khas bagi menyokong Komuniti yang dikendalikan oleh Unit Komuniti JPDKM. Anggota selaku petugas . mewujudkan laman web e-komuniti ini yang bertujuan memudahkan kakitangan mengakses maklumat - maklumat terbaru yang dapat dikesan secara online.

Friday, April 27, 2012

Jangan dicari kemana Aku pergi

BACHOK 25 April - Seorang ibu tidak menyangka pesanan berkali-kali anak perempuannya agar tidak mencari sekiranya dia 'pergi' menjadi kenyataan apabila dia hilang dari rumah keluarganya sejak minggu lalu.
Norhayati Mat Ripin, 39, yang menghidap penyakit skizofrenia ketika berusia 17 tahun hilang dari rumah ibunya di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, dekat sini sejak 18 April lalu.

Ibunya, Ramlah Mohd. Nor, 61, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu hilang tanpa disedari sesiapa setelah dia kali terakhir dilihat turun menjemur kain di halaman rumah mereka kira-kira pukul 10 pagi.

Ramlah yang ketika itu berkebun di belakang rumah hanya menyedari kehilangan Norhayati setelah menantunya, Siti Zariah Mat Yusuf, 24, yang diminta membawakan pisang kepada kakak iparnya itu mendapati dia tiada di bilik tidur.

"Sudah banyak kali Ti (panggilan kepada Norhayati) sebut kalau dia pergi jangan cari dia. Beberapa hari sebelum dia hilang pun dia sebut begitu lagi, saya tidak sangka dia akhirnya betul-betul pergi meninggalkan saya.

"Saya tidak tahu sama ada dia keluar sendiri atau dilarikan orang, tetapi dia tidak pernah meninggalkan rumah tanpa memberitahu saya dan akan membawa kad pengenalan dan buku bank bersama. Kali ini, dompet dan semua dokumen pentingnya masih tersimpan dalam biliknya," kata Ramlah kepada pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Menurut warga emas itu, Norhayati yang berkulit putih dan berbadan gempal dengan ketinggian 153 sentimeter kerap meracau dan sukar tidur malam. Dia perlu mendapat suntikan dua minggu sekali daripada jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang datang ke rumah.
Kata beliau, anaknya itu pernah berkahwin namun jodohnya tidak lama serta pernah menjadi guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di sebuah sekolah rendah sebelum terpaksa berhenti beberapa tahun lalu apabila tangannya menggigil setiap kali menulis.

"Pada malam sebelum dia hilang, dia tidak mahu mengambil ubat hospital yang sepatutnya dia makan. Saya merayu sangat kepada sesiapa yang mungkin mengambil anak saya tolonglah hantar dia semula pulang ke rumah.

"Saya sayangkan anak saya kerana walaupun sakit dia sebenarnya bijak sejak dari zaman persekolahan lagi. Dia boleh membuat kerja rumah dan ke pekan dengan menaiki bas atau teksi seorang diri sekiranya memerlukan apa-apa," katanya.

Ramlah berkata, sesiapa yang mengetahui di mana anaknya berada diminta menghubungi segera mereka sekeluarga di talian 019-9946080 atau 013-6403038.

sumber Utusan

No comments:

Post a Comment