Selamat datang ke laman web e-Komuniti (Default Tracing) , laman web ini direka khas bagi menyokong Komuniti yang dikendalikan oleh Unit Komuniti JPDKM. Anggota selaku petugas . mewujudkan laman web e-komuniti ini yang bertujuan memudahkan kakitangan mengakses maklumat - maklumat terbaru yang dapat dikesan secara online.

Thursday, January 13, 2011

12/01/2011

Dr.Mohd.Nawan 
6075-2/06


5317-36/99


5892-1266/03







Ramai remaja bermasalah Mental


KOTA BHARU 22 Mei - Semakin ramai golongan remaja dan belia di negeri ini mendapat rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, kerana mengalami gangguan mental akibat dadah.

Mereka termasuk kalangan penagih pil kuda, di samping penagih air daun ketum dan gam yang berdepan dengan risiko masalah mental kekal yang sukar diubati kerana kerosakan saraf otak terlalu teruk.

Ketua jabatan itu, Dr. Mohd. Nawan Hamzah berkata, purata 150 orang pesakit termasuk golongan profesional dan warga emas menerima rawatan setiap bulan malah ada yang baru berusia 13 tahun hingga 80 tahun.
Beliau berkata, peningkatan bilangan yang menerima rawatan berikutan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mereka menjalani pemulihan untuk kembali pulih.
Katanya, kebanyakan golongan lelaki yang paling ramai menghidap masalah mental seperti skizofrenia, kemurungan dan kebimbangan.

"Setiap pesakit yang dihantar keluarga untuk menerima rawatan di sini hanya diberi tempoh paling lama sehingga tiga bulan dan mereka akan dibenarkan pulang serta menerima rawatan susulan oleh keluarga sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Terbuka Dan Pasaria 2008 Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Pengarah HRPZ II, Datin Dr. Aesah @ Zaharah Awang.
Majlis dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Kelantan (PKMK) itu bertujuan memperkenalkan aktiviti Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental kepada orang ramai serta merapatkan hubungan dengan keluarga pesakit.
Dalam ucapannya, Aesah berkata, pesakit mental adalah golongan yang tidak boleh diabaikan kerana mereka perlu dirawat dengan sebaik mungkin agar dapat kembali menjalani kehidupan seperti orang lain.

Mengenai banyak pesakit mental yang berkeliaran di bandar-bandar, beliau berkata, pihaknya tidak ada kuasa menahan mereka bagi memberikan rawatan
Bagaimanapun, sekiranya ada pihak tertentu atau keluarga merujuk kes mereka ke sini, pihaknya bertanggungjawab memberi rawatan sepenuhnya.
"Kita meminta orang ramai atau pihak tertentu yang hendak mengubati ahli keluarga mereka yang mengalami masalah mental supaya datang ke sini pada bila-bila masa untuk diberi rawatan," katanya.

Katanya, daripada jumlah pesakit mental yang menerima rawatan, hampir keseluruhannya boleh dikatakan bertambah baik dan berupaya kembali ke dalam masyarakat.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.aspy=2008&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

No comments:

Post a Comment